ARTIKEL

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

Pelantikan baharu KBS: MOM sedia sokong agenda sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyambut baik pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari dan Mordi Bimol, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan susulan rombakan Kabinet semalam.

Menurut kenyataan MOM semalam, pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama rapat dan berkesan bersama kepimpinan kementerian yang baharu bagi terus memperkukuh ekosistem sukan negara.

“Kerjasama itu bakal menjadi pemangkin penting dalam memajukan sukan berprestasi tinggi, pembangunan atlet, tadbir urus yang baik serta mengekalkan kejayaan dan kehadiran Malaysia di pentas sukan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan sama merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohammed Taufiq dan Mordi.

“Kami menantikan peluang untuk bekerjasama rapat dengan kedua-dua pemimpin itu bagi memacu agenda sukan negara, memperkukuh laluan pembangunan atlet serta terus memperkasakan Gerakan Olimpik di Malaysia,” katanya.

Mohamad Norza turut merakamkan penghargaan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Hannah Yeoh dan Adam Adli Abdul Halim atas khidmat bakti sepanjang tempoh memegang jawatan.

“Kami amat berterima kasih kepada Hannah dan Adam Adli atas komitmen serta kerjasama rapat yang mereka kekalkan bersama MOM sejak memegang jawatan pada 2022.

“Sokongan padu yang diberikan oleh Hannah terhadap projek Olympic House akan sentiasa dikenang dan disifatkan sebagai satu pencapaian penting bagi Gerakan Olimpik di negara ini,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha