ARTIKEL

Fenny ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti di Bangunan Baitulmakmur II. Foto Ghazali Bujang

Pelantikan Fenny perkukuh jaringan Sarawak dengan Austria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelantikan Datuk Fenny Nuli sebagai Duta Besar Malaysia ke Austria dijangka membuka ruang kepada Sarawak untuk meneroka pelbagai amalan terbaik yang boleh dipelajari dan dijadikan penanda aras dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Fenny boleh menjadi penghubung antara Malaysia dengan Austria sebaik memulakan tugas baharunya.

BERCAKAP… Fatimah ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Austria, Datuk Fenny Nuli, di Bangunan Baitulmakmur II. Foto Ghazali Bujang

“Kita berharap beliau dapat membantu mengenal pasti amalan terbaik yang boleh dipelajari Sarawak daripada Austria dalam pelbagai bidang di bawah kementerian ini.

“Ini termasuk aspek pembangunan awal kanak-kanak, pembangunan wanita, status negeri menua, kebajikan orang kurang upaya serta kesejahteraan sosial secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Austria, Datuk Fenny Nuli, di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan pengalaman lawatan ke sebuah negara Eropah sebelum ini membuktikan idea yang dipelajari boleh diterjemahkan kepada pelaksanaan dasar, termasuk Bantuan Ibu Bersalin yang masih diteruskan sehingga kini.

Dalam pada itu, Fatimah meluahkan rasa bangga atas pelantikan baharu Fenny yang disifatkannya sebagai peluang terbaik untuk perkembangan kerjayanya.

“Apabila mendengar penerangan daripada beliau mengenai jawatan baharu itu, kami merasakan ini peluang yang sangat baik untuk beliau. Kita sangat bangga, lebih-lebih lagi beliau merupakan anak jati Sarawak.

“Besar harapan agar hubungan baik dapat diteruskan supaya pelbagai kemungkinan serta amalan terbaik dapat dikongsikan demi kesejahteraan rakyat Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Fenny berkata beliau dijadual berlepas ke Vienna pada minggu kedua Julai bagi memulakan tugas baharunya.

“Saya sangat berbesar hati dengan pelantikan ini dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberikan kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi seorang diplomat di luar negara,” katanya.

Sebelum pelantikan terbaharu itu, Fenny pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru dengan akreditasi serentak ke Bolivia, Colombia dan Panama dari 2019 hingga 2023, sebelum dilantik sebagai Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri dari 2024 hingga 2026.

Fatimah menyampaikan cenderamata kepada Fenny selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Austria di Bangunan Baitulmakmur II. Foto Ghazali Bujang

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium