ARTIKEL

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Peluang Mahasiswa Peroleh Pendapatan Tambahan Melalui MySISWA@JoC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Program MySISWA@Job di Kampus (JoC) menyediakan peluang pekerjaan fleksibel kepada mahasiswa sekali gus membolehkan mereka menjana pendapatan tanpa perlu keluar kampus.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif ini merupakan program utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan membantu mahasiswa memperoleh pendapatan tambahan sepanjang tempoh pengajian.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit.

Menurutnya, inisiatif berkenaan juga memberi ruang kepada mahasiswa untuk lebih berdikari selain memperoleh pengalaman kerja dalam pelbagai aspek termasuk pentadbiran dan pengurusan.

“Ini bukan hanya melibatkan sektor tertentu di universiti, tetapi merangkumi semua jabatan yang mempunyai kekosongan untuk diisi oleh pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job di Kampus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Pelancaran Program MySISWA@Job di Kampus (JoC), di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Tambahnya, pelajar diberi had kerja 20 jam seminggu semasa sesi pengajian, manakala 40 jam seminggu ketika cuti semester.

“Dengan kadar bayaran sekitar RM6 sejam, ia diharap dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit memaklumkan, program ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan, malah membina kemahiran insaniah seperti kepimpinan, etika kerja dan profesionalisme.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit (kiri) dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir (kanan).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU