PENERJUN negara Wendy Ng Yan Yee menghidupkan pemburuan kilauan pingat Malaysia di kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 apabila melangkah ke final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita, kelmarin.
Pencapaian itu sekali gus mengubati kekecewaan kem negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee terlepas menaiki podium dengan menduduki tempat keempat dalam final 10m platform seirama wanita yang berlangsung semalam.
Pada aksi di Pusat Akuatik Tokyo, penerjun berusia 27 tahun itu menamatkan pusingan separuh akhir di tempat kelapan daripada keseluruhan 18 penerjun dengan mengumpul 288.30 mata sementara rakan sepasukan Nur Dhabitah Sabri di tempat ke14 mengutip 277.25 mata. Wendy ternyata memperbaiki pungutan matanya berbanding di pusingan awal selepas sekadar menduduki tempat ke-14 dengan 275.10 mata sementara Nur Dhabitah lebih menyinar apabila mengutip 279.50 mata untuk berada di tempat ke-13.
Wendy akan berentap bersama 11 penerjun lain yang turut mengesahkan slot ke final yang di jadual berlangsung hari ini.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Mei 2021