ARTIKEL

Pemain hantar video latihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Sarawak United FC III menjalani latihan dari rumah selama dua jam setiap dari dalam dua sesi latihan pagi dan petang sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Ketua Jurulatih SUFC III, Ahmad Fairuz berkata, latihan individu amat penting bagi mengekalkan kecergasan pemain bagi persediaan pemain untuk perlawanan yang telah ditangguhkan tempoh hari.

“Antara contoh latihan yang kita lakukan adalah tekan tubi 20 kali, lompat setempat 20 kali, skuad 20 kali dan plank 1 minit. Latihan ini dilakukan 3 set dan dua kali sehari begitu juga latihan fizikal yang lain. “Dua sesi latihan setiap hari iaitu pagi pukul 7.30 pagi dan jam 5.00 petang. Setiap sesi memerlukan latihan selama dua jam,” katanya semasa dihubungi Suara Sarawak semalam.

Jelasnya, selain daripada menjalani latihan dari rumah pemain juga perlu menjaga pemakanan dan menjaga kesihatan seperti awal tidur bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan. “Pemain saya juga perlu menghantar video sesi latihan individu setiap hari melalui aplikasi whatsapp,” ujarnya.

SUFC III dijadualkan bertemu PJ City pada 16 Mac di gelanggang lawan namun terpaksa ditangguhkan atas arahan rasmi Liga Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk mencegah daripada wabak Covid-19.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan