ARTIKEL

Pemandu maut, penumpang cedera dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam satu kemalangan kendiri di Batu 11, Jalan KJD Julau, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 3 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ricky Walter, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa kemalangan di Jalan KJD Julau, hari ini. – Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

Bagaimanapun, pemandu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebaik sahaja dikeluarkan dari kenderaan itu.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi mangsa yang merupakan penumpang hadapan dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Julau untuk menerima rawatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU