ARTIKEL

Pembaikan segera dilakukan di Kampung Semerah Padi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Air Kuching (KWB) diminta untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah paip bocor yang telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Semerah Padi di Samariang, di sini, semalam.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadiillah Yusof berkata ia penting dalam memastikan perkara sama tidak berulang demi keselamatan penduduk.

“Hari ini kebetulan ada berlaku paip bocor yang menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan rumah.

“Kita sudah memberitahu KWB untuk membuat pembaikan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat kawasan tanah runtuh di Kampung Semerah Padi, di sini, semalam.

Dalam pada itu calon GPS-Petra Jaya itu akan memanggil pakar tanah berkaitan cerun untuk melindungi jalan raya yang terdedah kepada bahaya.

Sementara itu, ditanya mengenai proses kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Fadillah memberitahu bahawa semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.

“Jentera GPS akan menjalankan kerja seperti biasa, dan seperti yang dilihat jentera parti juga bergerak dengan sangat aktif secara fizikal dan menerusi platform media sosial,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU