ARTIKEL

Premier Sarawak ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia semalam. - Foto: UKAS

Pembangunan industri minyak dan gas mampu kembalikan kegemilangan Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan industri minyak dan gas pada hari ini mampu mengembalikan kegemilangan bandar raya Miri sebagai pusat tumpuan industri seperti dahulu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pelabur-pelabur luar seperti Shell Malaysia, ‘PTT Exploration and Production’ (PTTEP) dan Mubadala akan menumpukan semula pelaburan mereka ke Miri selain Petroleum Sarawak (PETROS).

“Saya mesti katakan di sini, Shell sudah berkembang maju di Sarawak di mana mereka telah menubuhkan ibu pejabat mereka di Miri dan ini bermakna Miri akan kembali seperti dahulu.

“Kalau aktiviti huluan bertambah, bermakna banyak lagi kegiatan hiliran yang akan berlaku di Sarawak.

“Salah satu syarikat itu adalah Shell dan yang lain-lain adalah seperti PTTEP, Mubadala dari UAE, ‘PAC Contractors’ dan PETROS sendiri akan memainkan peranan mereka sedikit demi sedikit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 anjuran Shell Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, serta tetamu kenamaan lain. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)