ARTIKEL

P1-P2: Abang Johari ketika menjawab soalan daripada pelajar semasa sesi town hall tersebut. FOTO: RAMIDI SUBARI

Pembangunan Lawas Terus Rancak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Banyak pembangunan yang dilakukan di Lawas dan beberapa projek di bawah Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) akan dilaksanakan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini termasuk membangunkan jalan dari Miri menerusi Brunei, ke Limbang seterusnya ke Lawas.

“Sekarang, kita membina jambatan yang mempunyai jalan raya berkembar di kawasan utara, memandangkan Lawas mempunyai jalan yang bergunung, kita akan melaksanakannya seperti Cape Town di Afrika Selatan.

“Dengan adanya pelaksanaan tersebut, syarikat swasta akan membangunkan resort di Kuala Lawas dan kawasan ini akan membangun bersama-sama Limbang seterusnya menjadi kemudahan untuk pelancongan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang pelajar semasa sesi Town Hall sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari turut memberitahu bahawa Kapit mengalami pembangunan pesat dengan adanya pembinaan jalan raya di kawasan tersebut sekali gus memendekkan masa perjalanan dari Sibu ke Kapit.

Jelasnya, penduduk di Kapit turut meminta lampu isyarat pintar dan bagi memenuhi permintaan tersebut, beliau menghantar rombongan untuk mempelajarinya di Fjord, Norway.

“Insya-Allah pada tahun depan, kita akan membina hotel bertaraf tiga bintang di Kapit.

“Sekarang, Kapit menjadi hab ‘interior’ untuk Sarawak dan terdapat juga beberapa jalan lain yang akan dibina hingga ke Belaga dan Lebuh Raya Pan Borneo,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pentingnya kerajaan mempunyai agenda dan visi yang jelas untuk pembangunan di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU