ARTIKEL

Perjanjian Malaysia 1963, MA63, PERANTIS, NGO Sarawak, Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak, PERANTIS, Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak, PERASA, Raban Semadak Borneo Brotherhood, Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri @ Kaban Menyadi, kerusi Parlimen
Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia.

Pembangunan Nadir Bumi, Tenaga Nuklear Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pembangunan industri nadir bumi (REE) dan tenaga nuklear antara dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) bertanyakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai cabaran yang dihadapi bagi membangunkan industri REE negara pada sesi soal jawab lisan.

Beliau juga ingin tahu perancangan dan pendekatan kerajaan untuk mengatasi cabaran-cabaran itu supaya dapat membuka potensi nadir bumi yang tersimpan dalam bumi Malaysia dianggarkan bernilai RM747 bilion.

Tan Hong Pin (PH-Bakri) pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kebersediaan negara dalam membangunkan tenaga nuklear serta tahap penerimaan rakyat terhadap sains dan teknologi nuklear selain perancangan memperluas program advokasi kepada masyarakat.

Beliau turut bertanyakan rancangan kerajaan meningkatkan keupayaan pelbagai agensi dalam menangani krisis berkaitan tenaga nuklear.

Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU