ARTIKEL

Fatimah (tengah) bersama-sama Ayub (kanan), Rosey (kiri) serta yang lain semasa melawat ke taska tempat kerja Sedidik di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, di sini hari ini.

Pembelajaran berasaskan pengalaman ditekankan kepada kanak-kanak taska

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembelajaran berasaskan pengalaman akan ditekankan kepada kanak-kanak yang ditempatkan di taska bermula tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang sangat penting dan menyeronokkan kepada kanak-kanak, daripada mereka hanya berada di kawasan taska atau tadika.

“Semuanya dirancang dengan betul-betul, mereka akan dibawa keluar misalnya ke balai bomba, pasar raya, taman atau rumah warga emas untuk mereka belajar atau mengalami sesuatu proses,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat ke taska tempat kerja Sedidik di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Pengarah JKM Sarawak Adana Jed dan Pengurus Besar SeDidik Ayub Dahari.

Sementara itu, Fatimah berkata tujuh buah tadika dan empat buah taska baharu akan beroperasi pada tahun ini.

Katanya ia melibatkan Tadika SeDidik Taman Merdang, Tadika Super Good Kids dan Tadika Mutiara Kasih di Kota Samarahan; Tadika SeDidik Bintulu; Tadika Star Wonderful Kuching, Tadika SeDidik Rumah Seliau, Selangau dan Tadika SeDidik Long Baram.

Manakala, beliau berkata taska baharu ialah di Taska Tempat Kerja SeDidik UiTM, Taska Tempat Kerja Baitulmakmur, Taska SeDidik Betong dan Taska Tempat Kerja KS Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU