ARTIKEL

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo bersama-sama yang lain meninjau kemajuan fizikal Jambatan Batang Rambungan. FOTO: RAMIDI SUBARI

Pembinaan Jambatan Batang Rambungan dijangka siap sebelum Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Jambatan Batang Rambungan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual sebelum Disember 2026, dengan kemajuan fizikal mencatat 64.95 peratus setakat Januari.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, peratusan kemajuan akan meningkat mendadak apabila bahan binaan yang diperlukan sampai pada Mei 2026.

“Jika diikutkan, pihak kontraktor menjanjikan untuk menyiapkan pembinaan jambatan seawal Jun tahun ini, namun beberapa masalah teknikal yang berlaku menyebabkan kelewatan.

“Bagaimanapun, mereka masih menepati jadual kerana kontrak yang ditawarkan sehingga Mei 2027, dan pihak kontraktor menjangkakan projek ini siap sebelum Disember 2026.

“Melihat kepada peratusan kemajuan projek, peningkatan mendadak akan berlaku apabila tiang dan dek jambatan disiapkan. Itu rancangan kita untuk menyiapkannya dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat serta tinjauan ke Jambatan Batang Rambungan di sini, hari ini.

Aidel turut memberi jaminan bahawa isu teknikal seumpamanya tidak akan berulang kerana projek pembinaan berada pada fasa terakhir untuk disiapkan.

“Sebelum ini, pihak kontraktor perlu menunggu kelulusan khas bukan sahaja daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), tetapi juga daripada pihak Kerajaan Persekutuan berhubung bahan campuran konkrit (yang digunakan).

“Isu tersebut sudah diselesaikan dan sekarang, kita hanya menyerahkan tugas kepada pihak pengusaha projek untuk menyiapkannya,” jelasnya.

Mengulas tinjauan yang diadakan, beliau memberitahu bahawa lawatan bertujuan untuk memastikan kontraktor menyiapkan Projek Jambatan Batang Rambungan mengikut jadual yang ditetapkan.

Projek Jambatan Batang Rambungan yang menelan kos RM82 juta, sepanjang 560 meter kini kembali berada di landasan yang betul dengan pelantikan kontraktor penyelamat baharu setelah direkodkan sebagai projek sakit sebelum ini.

Fasa pertama kerja pembinaan jambatan bermula pada pertengahan Disember 2019, diambil alih oleh Kerajaan Sarawak setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan pelaksanaannya pada 2018.

Bagaimanapun, ia tertangguh sekali lagi pada 2023 disebabkan beberapa faktor, sebelum diambil alih Titanium Project Management Sdn Bhd pada 2024.

Lantikan kontraktor baharu diberi tempoh kontrak selama 30 bulan bermula 19 November 2024 hingga 18 Mei 2027.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk