ARTIKEL

Pemeriksaan kesihatan percuma untuk pemegang KGC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berita baik untuk pemegang Kenyalang Gold Card (KGC), Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pemeriksaan kesihatan untuk rakyatnya yang berusia 60 tahun ke atas.
 
Berita gembira itu diumumkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1445H/ 2023 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.
 
“Baru-baru ini saya telah mengarahkan untuk pemeriksaan kesihatan warga emas kita yang berusia 60 tahun ke atas, dimasukkan ke dalam KGC dan ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
“Bermakna, manfaat kad tersebut bukan sahaja dari sudut pemberian diskaun untuk membeli barang, tetapi juga pemeriksaan kesihatan mereka akan ditanggung oleh kerajaan.
 
Menurutnya, beliau telah mengarahkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah untuk memasukkan senarai tersebut di bawah kemudahan dan faedah untuk pemegang KGC.
 
KGC merupakan kad yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak untuk memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan strategik.

Objektifnya adalah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial. 

Ujar Abang Johari, berani berbuat demikian kerana pendapatan Sarawak telah bertambah dari RM6 bilion setahun kepada RM12 bilion, dalam tempoh empat tahun ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU