KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa tidak mudah untuk mencorak pemikiran ke arah masa depan.
Jelas Abang Johari, dalam sektor pertanian, pemikiran baharu amat diperlukan bagi meningkatkan produktiviti sekali gus memenuhi struktur ekonomi ke arah pertumbuhan mampan.
“Satu hektar mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menanam 20 benih.
Tetapi hari ini, satu hektar boleh ditanam dalam 50 minit.
Seseorang perlu mengubah pemikiran petani, termasuk petani muda, supaya mereka boleh mempelajari mekanisasi dan menggunakan proses pengeluaran moden,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Forum Persidangan Bajet Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.
Sementara itu, Abang Johari turut berkongsi pengalamannya sendiri dalam eksperimen bersama-sama masyarakat, menggunakan kaedah penanaman dan ‘seeding’ baru.
“Hasilnya, satu hektar berjaya menghasilkan lapan tan metrik berbanding sebelum ini hanya lima benih dalam 24 bulan.
“Jadi, sasaran sekarang ialah menghasilkan 400 tan metrik atau lebih, cukup untuk Sarawak.
Malah, sebahagian boleh dieksport,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Abang Johari turut menegaskan bahawa banyak lagi sektor lain memerlukan perubahan pemikiran, termasuk pengurusan risiko yang lebih dikira.
“Sesetengah perkara masih belum dilakukan.
Kita tidak boleh bergantung pada cara pemikiran lama.
Anda mesti berani, membaca undang-undang dan mengaplikasikannya,” ujarnya. – TVS

