ARTIKEL

BANGUNKAN TANAH SENDIRI... Len Talif merakam kenangan bersama-sama penerima Surat Hak Milik Tanah Seksyen 13 (Pertanian) dan Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak DUN Kuala Rajang di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, Sarikei, hari ini. Foto UKAS

Pemilik Tanah Diseru Bangunkan Aset Demi Jamin Masa Depan Keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemilik tanah di Sarawak diseru membangunkan tanah milik mereka secara produktif bagi menjana pendapatan berterusan, sekali gus memastikan aset berkenaan terus memberi manfaat kepada keluarga dan generasi akan datang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, tanah merupakan aset warisan yang bernilai dan tidak seharusnya dijual semata-mata untuk memperoleh keuntungan jangka pendek, sebaliknya perlu diusahakan secara optimum bagi meningkatkan taraf sosioekonomi pemilik.

Len Talif bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 13 (Pertanian) dan Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan DUN Kuala Rajang di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, Sarikei, hari ini. Foto UKAS

“Tanah ialah aset warisan yang tidak ternilai harganya. Jangan jual tanah demi keuntungan jangka pendek yang cepat habis, sebaliknya usahakan tanah bagi menjamin ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 13 (Pertanian) dan Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, Sarikei, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 233 penerima menerima Surat Hak Milik Tanah sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pemilikan tanah yang sah dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu, Len Talif memberitahu, kerajaan bukan sahaja komited membantu rakyat memperoleh hak milik tanah yang sah, malah mahu melihat setiap tanah yang dimiliki dibangunkan secara mampan supaya mampu menjana pulangan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dan bantuan turut disediakan bagi menggalakkan pemodenan sektor pertanian serta meningkatkan produktiviti penggunaan tanah, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemilik untuk menambah pendapatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium