ARTIKEL

Pencabul kemaruk seks raba, cium kemaluan 12 murid di Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang pencabul ‘mengganas’ dengan mencabul sekitar 12 orang murid asrama di sebuah sekolah rendah di Julau, kelmarin.

Pencabul yang dipercayai seorang remaja lelaki,17 tahun, yang juga bekas murid sekolah berkenaan melakukan ‘serangan seksual’ itu sekitar jam 11.15 malam Khamis.

Suspek, menurut akhbar Utusan Borneo hari ini dipercayai memasuki asrama perempuan ketika mereka sedang tidur.

Difahamkan terdapat 47 murid menginap di asrama berkenaan.

“Suspek kemudian dipercayai meraba, mencium dan memegang kemaluan 12 murid perempuan berumur antara sembilan hingga 12 tahun,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Julau ACP Colony Kiai, seperti dipetik akhbar itu.

Suspek dipercayai dalam pengaruh alkohol selepas minum arak di sebuah rumah panjang yang terletak tidak jauh dari sekolah itu.

Suspek kini ditahan di lokap polis Julau dan akan direman hari ini untuk membantu siasatan, kata Utusan Borneo lagi.

Polis telah merampas sehelai seluar jeans pendek dipercayai digunakan tersangkut semasa kejadian sebagai barang kes.

Gambar hiasan

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,