Pencarian Bunjai diperhebatkan

SARIKEI: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Ulu Nunggang, Pakan menemui jalan buntu apabila mangsa masih gagal dikesan sehingga operasi hari ke empat ditangguhkan pada jam 5.00 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pencarian diperhebatkan dalam kawasan meliputi radius 100 meter di ladang kelapa sawit milik penduduk dengan pecahan dua kumpulan pada waktu pagi.

Manakala pada sebelah petang katanya, operasi tertumpu di dalam kawasan laluan masuk ke rumah panjang dan dipecahkan kepada dua kumpulan yang masing-masing menggunakan anjing K9 Bomba serta Polis.

“Kaedah pencarian ialah mencari jejak atau tapak kaki mangsa yang hilang. Namun kita gagal menemui petunjuk petunjuk jelas. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui. Operasi ditangguhkan jam 5.00 petang dan bersambung esok hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain Bomba, Ops SAR turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahan Awam (APM) dan seramai 20 penduduk tempatan Bunjai Sagang, 53, dari Rumah Christina Kasun yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan gaut dilaporkan hilang oleh keluarganya di Balai Polis Julau.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.55 pagi Sabtu lalu sebelum melancarkan Ops SAR. Bunjai kali terakhir dilihat keluar rumah hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, ” katanya.

Sehubungan itu, Bomba membuka operasi Pos Kawalan Bomba (PKB) bagi memudahkan operasi SAR.

: Bomba dan Penyelamat Bintangor meneruskan operasi dengan bantuan anjing pengesan.

 

Operasi ditangguhkan dan diteruskan esok.

 

Selain Bomba, operasi turut dibantu APM, Polis dan penduduk setempat.

Suara Sarawak