ARTIKEL

Kredit: Bernama

Penemuan mayat lelaki di Kampung Sungai Division disiasat sebagai kes bunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI: Penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Sungai Division dekat sini dua hari lepas disiasat sebagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada 6.55 petang Ahad lepas.

Siasatan awal mendapati kematian mangsa mempunyai unsur jenayah dan lelaki berkenaan dipercayai baru sahaja meninggal dunia ketika ditemukan.

Menurut Hanyan, nama panggilan mangsa telah dikenal pasti, namun identiti sebenar masih dalam proses pengesahan dan pihak yang kehilangan ahli keluarga diminta hadir ke balai polis bagi membantu pengecaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU