ARTIKEL

Penerbangan sulung Syrian Airlines ke Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEIR AL-ZOUR: Penerbangan komersial terus yang pertama dari Kuwait mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Deir al-Zour di timur Syria pada Rabu, menandakan kembalinya perkhidmatan penerbangan komersial antarabangsa selepas lebih sedekad, lapor Xinhua.

Penerbangan yang dikendalikan oleh Syrian Airlines itu membawa penumpang dari Kuwait, yang menempatkan komuniti besar rakyat Syria di luar negara, dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai satu lagi langkah ke arah memulihkan rangkaian penerbangan awam Syria serta menghubungkan semula bahagian timur negara itu dengan destinasi serantau.

Pengarah Media Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria Mustafa Khairallah berkata, penerbangan sulung itu menandakan lapangan terbang berkenaan kembali beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, laluan itu akan memudahkan perjalanan penduduk wilayah berkenaan dengan mengurangkan keperluan untuk transit melalui lapangan terbang lain atau melakukan perjalanan darat yang panjang.

Operasi komersial di lapangan terbang itu digantung pada 2013 selepas kemudahan berkenaan mengalami kerosakan teruk akibat konflik di Syria.

Pihak berkuasa Syria memulakan kerja-kerja pemulihan lapangan terbang itu pada awal 2025, dengan penerbangan ujian dari Damsyik mendarat di situ pada Februari tahun yang sama. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,