ARTIKEL

Gambar hiasan

Pengajar sambilan rugi RM872,000 ditipu skim pelaburan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Seorang pengajar sambilan instrumentasi kerugian RM872,290 selepas terperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi media sosial pada Jun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 59 tahun itu mengetahui pelaburan tersebut melalui iklan Facebook pada 24 April sebelum menghubungi wakil syarikat berkenaan.

“Suspek telah memasukkan mangsa ke kumpulan WhatsApp dan mengarahkannya memuat turun satu aplikasi untuk tujuan berkaitan keuntungan pelaburan.

“Mangsa menggunakan wang simpanan termasuk daripada Tabung Haji dan menggadai emas untuk membuat 21 pelaburan menerusi transaksi pemindahan wang ke 11 akaun bank dari 4 Jun hingga 8 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata mangsa membuat laporan polis semalam selepas sedar ditipu kerana hanya menerima pulangan RM1,000.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU