ARTIKEL

UNTUK KENANGAN... Jumaat Ibrahim (kiri) sempat merakam gambar bersama atlet kedua-dua negara selesai perlawanan.

Pengalaman berharga bagi atlet muaythai Sarawak di Kejuaraan Weng Muaythai Fight Night Pontianak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengalaman berharga diperoleh tujuh atlet muaythai mewakili beberapa kelab tempatan, termasuk empat dari Sarawak, yang turut serta dalam Kejuaraan ‘Weng Muaythai Fight Night Pengprov MI Kalbar’yang berlangsung di Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia.

Saingan yang berlangsung selama tiga hari (7-9 Mac) itu menyaksikan tujuh perlawanan profesional, amatur pro dan amatur diadakan buat julung kalinya di Kafe Weng Coffee, Jalan Reformasi, lokasi tumpuan di Provinsi KALBAR.

Mencuri tumpuan apabila Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) turut menghantar empat atlet muaythai yang diketuai jurulatih muaythai SUKMA Sarawak, Mohd Ajan, yang bertarung dalam perlawanan kategori pro.

Aksinya menentang Mahaji Arbain mewakili West Borneo Camp berakhir dengan keputusan seri selepas keduanya menampilkan pertarungan cukup bertenaga dan menghiburkan penonton yang hadir.

Dalam pada itu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak melakar kemenangan dalam tiga perlawanan amatur pro iaitu Mohd Ajan ke atas Elcos Fighter (Wiwit), Iswandy Bolhassan dengan menewaskan Eri Hartanto (BMC Ketapang) dan Mohammad Nuraikal Ismail mengatasi Pinsensius (BMC Ketapang).

Keputusan lain menyaksikan Mohammad Izzat Zulfaqar Hazrid (PMN Malaysia) menang ke atas Bima Andika (BMC Ketapang), Mohammad Hasbullah (PMN Malaysia) menundukkan Paulinus Akui Lea (BMC Ketapang) manakala Rizz Ezzandy Iswandy (PMN Malaysia) tewas di tangan Adriano (BMC Ketapang).

“Tahniah saya ucapkan kepada penganjur Weng Muaythai Fight Night Pengprov MI Kalbar di atas kejayaan penganjuran kejuaraan ini.

“Walaupun nampak santai namun setiap peserta menampilkan mutu perlawanan yang cukup sengit dan menghiburkan, sekali gus mengangkat nilai dan kualiti sukan muaythai itu sendiri,” ujar Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim, ketika mengulas mengenai penganjuran kejohanan itu.

Bagi pihak PMNS, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, Pengurus Provinsi Muaythai Indonesia Kalimantan Barat (Pengprov MI Kalbar) atas jemputan kepada pihaknya.

Menurut Jumaat, melalui penganjuran acara sukan seperti ini, yang melibatkan Indonesia dan Malaysia, secara tidak langsung dapat mengukuhkan persaudaraan antara kedua-dua negara selain mempromosikan sukan muaythai.

Sebagai menghargai sokongan tersebut, PMNS juga akan mempelawa Pengprov MI Kalbar untuk turut serta dalam kejohanan yang akan berlangsung di Sarawak selepas ini.

HEBAT… Atlet mewakili kedua-dua negara merakam kenangan bersama pegawai masing-masing selesai perlawanan.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU