ARTIKEL

Penganggur dipenjara tiga bulan, ugut ibu dan cederakan adik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara ugut jenayah ibu kandung dan mencederakan adik kandung lelakinya, penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Punca kejadian difahamkan berlaku kerana ibunya (pengadu) menegur supaya tidak menjual besi ayahnya, selain dipercayai tertuduh masih terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tertuduh Sopian Abdul Rahman, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sandy Yvette Freddy.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan ugutan jenayah hendak mencederakan ibu kandungnya berusia 57 tahun.

Bagi kesalahan itu, Sandy menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh.

Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap adik kandung lelakinya berusia 27 tahun.

Sandy menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap tertuduh bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat