ARTIKEL

Penganjuran program kerajaan perlu ada unsur perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran program oleh kementerian dan agensi di Sarawak perlu diterapkan dengan unsur perpaduan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, perkara itu adalah asas yang perlu difahami oleh semua pihak yang berkaitan.

“Ini juga hasrat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bahawa beliau meminta program di setiap kementerian kita perlu mempunyai unsur perpaduan.

Kita juga perlu sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan komuniti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa setiap kementerian dan agensi di Sarawak mengadakan lebih banyak program bersama dengan universiti awam dan swasta khususnya di sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU