ARTIKEL

Dr. Shahrul Razid menerima Anugerah Pegawai Contoh Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) Tahun 2024 daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengarah UPM, Prof. Dr. Shahrul Razid pegawai contoh 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak) menyifatkan penganugerahan yang diterima Pengarahnya, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini sebagai pengiktirafan signifikan terhadap komitmen institusi itu dalam memperkukuh peranan pendidikan tinggi di Borneo.

Prof. Dr. Shahrul Razid diumumkan sebagai penerima Anugerah Pegawai Contoh Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) Tahun 2024 sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, UPM Sarawak berkata penganugerahan tersebut mencerminkan keyakinan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) terhadap integriti, ketokohan dan keupayaan kepimpinan Prof. Dr. Shahrul Razid dalam memacu kecemerlangan institusi terbabit.

“UPM Sarawak merakamkan penghargaan atas pengiktirafan ini. Ia menggambarkan dedikasi Prof. Dr. Shahrul Razid dalam memperkukuh kedudukan UPM Sarawak sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan tinggi terkehadapan di Borneo,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, di bawah kepimpinan Prof. Dr. Shahrul universiti tersebut terus memperluas jaringan kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan industri selain mempertingkat program pembangunan komuniti setempat.

“Kejayaan ini menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga UPM Sarawak untuk terus mengangkat budaya kerja berprestasi tinggi serta memperkasa agenda inovasi, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

“Penganugerahan tersebut bukan sahaja mengiktiraf jasa Prof. Dr. Shahrul Razid, malah mengukuhkan peranan UPM Sarawak dalam menyokong aspirasi pembangunan negeri serta meningkatkan visibiliti institusi itu di peringkat nasional dan antarabangsa,” tambah kenyataan UPMS itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU