ARTIKEL

TAHAN… Pengawal keselamatan ditahan polis dalam OP Tapis Khas, semalam.

Pengawal keselamatan ditahan di Mukah, positif dua jenis dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di tepi Jalan Mukah-Balingian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki tempatan itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerusi operasi OP Tapis Khas kira-kira 5.20 petang.

“Pemeriksaan terhadap suspek, 36, membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki methamphetamine atau syabu.

TAHAN… Pengawal keselamatan ditahan polis dalam OP Tapis Khas, semalam.

“Rampasan itu mempunyai berat kasar 0.45 gram dengan anggaran nilai RM50,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati lelaki berkenaan positif amphetamine dan methamphetamine.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah yang dirampas itu miliknya, selain mengaku terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Jun lalu.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah selepas Mahkamah Majistret Mukah meluluskan permohonan reman selama empat hari sehingga 1 November ini bagi melengkapkan siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan dadah secara salah,” jelasnya.

Dalam pada itu, BSJN IPD Mukah sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dan mengesan sumber bekalan dadah yang diperoleh suspek.

Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan, khususnya di daerah Mukah.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pengedaran atau penyalahgunaan dadah supaya menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah.

BERITA LAIN

ILLUMINARE kumpul dana menerusi konsert amal Krismas

KUCHING: Orang ramai berpeluang menikmati persembahan muzik sambil menyumbang kepada tiga badan kebajikan di Sarawak menerusi konsert amal Krismas, ILLUMINARE 2026, yang bakal berlangsung di

BERITA TERBARU

ILLUMINARE kumpul dana menerusi konsert amal Krismas

KUCHING: Orang ramai berpeluang menikmati persembahan muzik sambil menyumbang kepada tiga badan kebajikan di Sarawak menerusi konsert amal Krismas, ILLUMINARE 2026, yang bakal berlangsung di