Penghuni Rumah Uchong Terima Bantuan dari Adun Jepak

BINTULU: Seramai enam Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Uchong Anak Nyelipan, Sungai Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau yang terjejas susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan menerima bantuan bekalan makanan daripada Adun Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Pengagihan bantuan disampaikan Ketua Pemuda PBB Jepak, Jefferi Johari kepada Tuai Rumah Uchong. Selain penduduk Rumah Uchong, Jefferi turut menyerahkan bantuan serupa kepada petugas barisan hadapan yang menjaga serta mengawal pondok ‘check point’ di kawasan rumah panjang terbabit.

Mewakili Talib yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Jefferi berharap penduduk di rumah panjang berkenaan sabar dan tetap bertenang dalam mendepani musibah sekali gus mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Penduduk di rumah panjang, Uchong Anak Nyelipan diarahkan menjalani sekatan penuh pergerakan sejak 3 hingga 16 Mac ini.

JAGA JARAK… Jefferi menyerahkan bantuan makanan sumbangan Talib kepada petugas barisan hadapan di Rumah Uchong.

Suara Sarawak