ARTIKEL

Pengiktirafan Palestin sahkan Israel tiada kedaulatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAITULMUQADDIS: Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka oleh United Kingdom (UK), Australia dan Kanada sekali lagi mengesahkan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, kata Timbalan Menteri Luar Palestin Omar Awadallah kepada RIA Novosti pada Ahad.

Terdahulu pada hari sama, UK, Australia dan Kanada secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Pada Sabtu, Presiden Perancis Emmanuel Macron turut mengesahkan bahawa Perancis akan mengiktiraf Negara Palestin pada 22 September sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Awadallah berkata pengiktirafan itu adalah hasil daripada proses yang dibina melalui usaha diplomatik selama bertahun-tahun.

“Selain itu, langkah pengiktirafan ini dibuat ketika berlakunya genosid terhadap rakyat Palestin dan serangan Israel terhadap hak-hak rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis,” katanya dalam satu temu bual.

Dengan keputusan ini, negaranegara berkenaan menyatakan bahawa terdapat cara praktikal untuk mencapai penyelesaian dua negara, iaitu melalui pengiktirafan sebuah negara Palestin.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka mahu Negara Palestin menjadi sebahagian daripada rantau Timur Tengah kerana penubuhannya akan membawa keselamatan, kestabilan dan keamanan.

Oleh itu, pengiktirafan ini mengesahkan tanpa sebarang keraguan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, dan bahawa semua negara yang sebelum ini mengiktiraf Israel hanya mengiktirafnya dalam sempadan 1967, di luar wilayah Palestin yang diduduki,” kata Awadallah.

Beliau berkata perkara itu bertentangan dengan dasar pendudukan Israel yang melibatkan rampasan tanah secara paksa, tindakan “pengilhakan” wilayah Palestin atau cubaan mengenakan kedaulatan Israel ke atasnya.

Awadallah turut menegaskan bahawa jenayah yang dilakukan Israel, yang kini dianggap sebagai negara penyangak, telah mendorong banyak negara untuk mengambil langkah lebih pantas dalam melaksanakan penyelesaian dua negara. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road