ARTIKEL

Buku The Untold Struggles: Teachers in the Face of Adversity – Cornerstones of Society & Advocates for Change.

Pengorbanan Guru Pedalaman Diabadikan Dalam Buku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengorbanan guru di kawasan pedalaman Sarawak yang sanggup berdepan pelbagai cabaran demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya disifatkan sebagai jasa besar yang membentuk masa depan negeri dan negara.

ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu, malah menjadi insan yang membina keyakinan, harapan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan generasi muda.

KENANGAN…Lo Khere Chiang dan kenamaan yang lain ketika merakam gambar pada Majlis Pelancaran buku The Untold Struggles: Teachers in the Face of Adversity – Cornerstones of Society & Advocates for Change sempena Sambutan Hari Guru di SMK Saint Mary, hari ini.

“Guru bukan sekadar mendidik. Mereka memanusiakan masyarakat dan menjadi jambatan antara harapan dengan masa depan sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran buku The Untold Struggles: Teachers in the Face of Adversity – Cornerstones of Society & Advocates for Change sempena Sambutan Hari Guru di SMK Saint Mary, hari ini.

Dalam pada itu, Lo turut mengimbau pengalamannya melawat Bario dan menyaksikan sendiri kebanggaan masyarakat rumah panjang yang mempamerkan gambar anak-anak mereka yang berjaya menamatkan pengajian di universiti.

“Keadaan ini membuktikan pengorbanan besar guru-guru terdahulu yang sanggup berjalan meredah hutan dan tinggal lama di kawasan pedalaman demi memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan,” ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata kejayaan seorang guru tidak boleh diukur hanya melalui keputusan peperiksaan, sebaliknya melalui kemampuan mereka mengubah kehidupan dan masa depan pelajar.

Sementara itu, penulis buku Leonard Sabu berkata, buku ini dihasilkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru di Sarawak yang berdepan cabaran berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Faktor logistik, infrastruktur, capaian Internet dan keadaan sekolah di kawasan pedalaman menjadikan tugas guru di Sarawak lebih mencabar,” tambahnya.

Katanya, sepanjang menghasilkan buku itu, beliau melawat kira-kira 60 hingga 70 sekolah terutama di kawasan pedalaman termasuk Kapit, Julau, Pakan dan Bario.

“Saya mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan buku ini termasuk pergi ke sekolah yang berada di pedalaman untuk mendapatkan kisah tentang guru yang mengajar di sana.

“Bario lokasi yang paling jauh saya lawati untuk mendapatkan idea bagi menulis buku ini,” katanya.

Untuk makluman, Leonard Sabu ialah penulis dan aktivis sosial dari Sarawak yang memenangi pelbagai anugerah peringkat ASEAN dan nasional.

Beliau menghasilkan lebih 30 buku biografi dan 30 buku panduan pendidikan yang menumpukan kepada isu sosial, pendidikan dan kepimpinan beretika serta aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui penulisan dan inisiatif kendiri.

Leonard ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran buku The Untold Struggles: Teachers in the Face of Adversity – Cornerstones of Society & Advocates for Change sempena Sambutan Hari Guru di SMK Saint Mary, hari ini.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU