SIBU: Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah atlet wusyu Zon Tengah apabila menyumbang tiga pingat emas hari kedua temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III, Sibu 2023.
Mencuri tumpuan, Stephanie Ngu Chai Ern yang mempamer aksi cemerlang dalam kategori Chang Quan perempuan sekali gus memenangi emas dengan meraih 9.473 mata.
Di tempat kedua pula Fong Chai Xin juga dari Zon Tengah sambil Samantha Choo Yew Han dari Zon Utara di tempat ketiga.
Edwin Wong Sing Yew pula menyumbang emas buat kem Zon Tengah menerusi kategori Chang Quan lelaki selepas meraih 9.416 mata.
Perak dirangkul Damlong Ng Mao Han dari Zon Selatan dengan 8.846 mata sementara gangsa dirangkul Loh Thai Yi dari Zon Utara dengan 8.843.
Atlet Wushu lelaki Zon Tengah sekali lagi merangkul pingat emas menerusi Fung Tai Leong yang berjaya mengutip 9.489 mata dalam acara Nan Quan lelaki.
Darren Jong Chen Liang (Zon Utara) di tempat kedua dan Ryan Yu Chee Sheng (Zon Selatan) berpuas hati di tempat ketiga.
Acara Nan Quan perempuan pula dipelopori wakil Zon Selatan, Belda Chan Zhi Yi dengan mengutip 9.130 mata untuk mengatasi pemenang perak dan gangsa, Elizabeth Beckxia Albert Arick (Selatan) dan Chia Yuh Feng (Tengah).
Dalam pada itu, Zon Selatan menguasai acara taolu pada hari pertama acara wushu dengan merangkul enam pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

