ARTIKEL

BERUCAP… Abang Johari berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Ziarah Mahabbah MIS Zon Mukah-Kapit Tahun 1448H/2026M, hari ini.

Penguasaan bahasa Inggeris tidak kurangkan semangat patriotisme

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda, tidak seharusnya dilihat sebagai kurang semangat patriotisme, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, sikap menganggap penggunaan bahasa Inggeris sebagai tidak patriotik merupakan pandangan yang tidak tepat kerana kecintaan terhadap negara perlu disertai dengan keupayaan menguasai ilmu pengetahuan

“Kalau kita mempunyai semangat patriotisme tetapi tidak berusaha mencapai tahap pembangunan yang tinggi, itu belum mencukupi kerana masyarakat luar tidak akan menghormati kita.

“Tetapi kalau kita mempunyai ilmu yang kita kuasai, orang akan menghormati kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ziarah Mahabbah MIS Zon Mukah-Kapit Tahun 1448H/2026M di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, hari ini.

MESRA… Abang Johari menyantuni orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu, Abang Johari menegaskan bahawa bahasa Malaysia kekal sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi identiti rakyat, namun penguasaan bahasa tambahan seperti bahasa Inggeris amat penting bagi membolehkan masyarakat mengakses pelbagai sumber ilmu baharu.

Jelas beliau, kerajaan mahu anak-anak turut menguasai bahasa Inggeris agar mereka dapat memahami pelbagai ilmu baharu.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan golongan muda membudayakan amalan membaca, khususnya bahan ilmiah dengan mengambil contoh buku bertajuk ‘Hydrogen Revolution’ karya Marco Alverà.

“Buku ini adalah mengenai pelan tindakan masa depan tenaga bersih untuk tamadun manusia dan ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Kalau kita tidak pandai membaca bahasa Inggeris, bagaimana kita mahu membaca buku ini?” soal beliau.

MESRA… Abang Johari menyantuni orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha memperkukuh sistem pendidikan dengan memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris.

“Ini adalah satu daripada perkara yang kita lakukan di Sarawak, iaitu memperbaiki kurikulum dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan supaya anak-anak kita mempunyai kelebihan dalam menghadapi masa depan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium