ARTIKEL

BANGGA... Jap Soon Hung bersama pingat emas dimenanginya.

Penguasaan hebat Jap untuk rangkul emas kedua dan cipta rekod baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang sensasi cakera Sarawak, Jap Soon Hung mencuri tumpuan apabila berjaya meraih pingat emas kedua peribadinya.

Selain, turut berjaya mencipta rekod baharu dengan jarak 21.07 meter.

Mengatasi rekod miliknya (20.86 meter) yang dicipta pada tahun 2018.

Pingat perak acara tersebut dimenangi Freddy Waldie dari Sabah (20.44 meter) dan Muhamad Khairi Military memenangi pingat gangsa.

“Usaha berterusan dengan latihan yang dijalankan selama ini membuahkan kejayaan buat diri saya apabila meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu kejohanan,” ujar Jap ketika mengulas mengenai kejayaannya itu.

Jap sedikit terkilan apabila terlepas satu pingat emas ekoran saingan begitu sengit daripada lawannya.

Atlet yang berusia 39 tahun itu mahu mengabadikan pingat emas dimenanginya kepada rakyat Sarawak dan keluarga.

“Kemenangan ini adalah untuk negeri tercinta (Sarawak), terima kasih kepada kerajaan atas bantuan dan sokongan diberikan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU