ARTIKEL

Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong M’sia capai status berpendapatan tinggi 2027 – Rafizi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh 4 hingga 5 peratus setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, sekiranya sasaran ini dapat dicapai, Malaysia akan dilihat sebagai negara berpotensi yang seterusnya berupaya bangkit kembali menjadi ‘Harimau Asia’. 
“Piawaian ini adalah yang lebih mudah (untuk melayakkan Malaysia mendapat status tersebut). Ia juga bergantung kepada kemampuan kita menjadi hab kewangan antarabangsa di samping prestasi Bursa Malaysia yang positif,” kata Rafizi pada sidang media selepas majlis pelancaran Penemuan Banci Ekonomi 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), di sini, hari ini.

Sebelum ini Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Malaysia sedang berada di landasan untuk mencapai semula status Harimau Asia.
Ini berdasarkan tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi negara yang memberangsangkan.
– Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU