ARTIKEL

Gambar fail

Pengusaha bas ekspres diseru beri perkhidmatan berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berpandangan kelestarian industri bas ekspres akan terus bercambah, sekiranya pengusaha sentiasa kekal konsisten memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

APAD dalam kenyataan media memaklumkan pihaknya sentiasa menghargai peranan dan sumbangan industri perkhidmatan bas ekspres, dalam memastikan perhubungan rakyat serta sentiasa terbuka dalam sebarang bentuk perbincangan, dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat.

“Merujuk kepada rintihan pengusaha bas ekspres yang mendakwa, berlakunya kekeliruan berkenaan kategori dan spesifikasi kelas ekonomi dan eksekutif, yang diramal memberi kesan terhadap jangka hayat industri bas ekspres, Kementerian Pengangkutan melalui APAD prihatin dengan isu yang dibangkitkan dan mengambil maklum dengan situasi ini.

“Beberapa sesi libat urus dibuat sejak tahun 2019 bersama dengan persatuan-persatuan bas ekspres bagi membincangkan isu-isu pengoperasian bas ekspres, termasuklah isu kategori dan spesifikasi kelas bas ekspres,” menurut kenyataan APAD itu semalam.

Kenyataan APAD itu memaklumkan bahawa bagi tujuan membiasakannya kepada pemain industri, APAD memberi tempoh peralihan setahun dari tarikh surat pemakluman kepada pihak industri pada 5 Ogos 2022, malah tempoh tersebut turut dilanjutkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai ahli persatuan dan bukan ahli persatuan untuk memohon.

“Pada masa ini, mana-mana pengendali bas ekspres bertanggungjawab mengemukakan permohonan pengubahan jenis perkhidmatan dan jadual tambang ke semua kaunter di Pejabat Wilayah atau cawangan APAD.

“Mana-mana permohonan yang diluluskan, jadual tambang terkini akan dikeluarkan mengikut jenis perkhidmatan sama ada Ekonomi atau Eksekutif, untuk dipatuhi oleh pengusaha,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan rasional pelanjutan tempoh moratorium ini bagi mengimbangi antara keperluan rakyat dan kehendak industri, untuk memastikan kelestarian perkhidmatan bas ekspres yang menjadi nadi perhubungan antara bandar dengan luar bandar.

“Lanjutan daripada itu, pengendali bas ekspres boleh merancang pelan operasi dan penjualan harga tiket bas ekspres secara dinamik dan kompetitif mengikut permintaan semasa seperti waktu puncak dan bukan puncak.

Kelmarin, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) dan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) memaklumkan, terdapat ahlinya mengalami masalah kewangan berikutan peningkatan kos operasi.

Yang DiPertua PEMBAWA Laili Ismail berkata kenaikan kos tidak terkawal menyebabkan persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas yang berlumba-lumba menurunkan harga, demi menarik perhatian pengguna tanpa memikirkan kesan jangka panjang sekali gus menjejaskan harga pasaran.– BERNAMA

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi