ARTIKEL

Peniaga bazar diingatkan tidak jual makanan berulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Para peniaga bazar Ramadan diingatkan untuk sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan serta minuman yang dijual.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, menyarankan peniaga untuk menjual makanan yang berkualiti serta berzat supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada pembeli.

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali beramah mesra dengan peniaga di Bazar Ramadan Taman
Sukma.

“Saya menyeru kepada peniaga-peniaga bazar agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan makanan. Masaklah menggunakan bahan-bahan yang bermutu dan bungkus makanan mengikut standard.

“Paling penting, jangan hidang dan jual makanan berulang (makanan semalam yang dipanaskan semula) kepada pengguna,” katanya.

Adun Samariang itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Taman Sukma di sini, hari ini.

Sementara mengulas mengenai bazar anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tersebut, katanya ia mempunyai 50 gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman

“Sebanyak 36 gerai menjual juadah seperti makanan dan minuman, manakala selebihnya menjual ikan dan ayam panggang.

“Bazar ini memang dianjurkan setiap tahun untuk memudahkan masyarakat membeli juadah untuk berbuka, khususnya bagi warga kota yang sibuk bekerja,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menjangkakan bazar tersebut bakal dikunjungi ribuan pembeli dalam tempoh sebulan ini kerana pembukaan hari pertama menyaksikan ratusan masyarakat sudah membanjirinya.

Tahun ini, DBKU turut menyediakan dua lagi tapak bazar Ramadan iaitu di Satok dan Semarak.

Hadir sama, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan