ARTIKEL

Gambar Hiasan

Penjaga pusat hiburan didenda RM3,000 kerana beroperasi tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mengendalikan pusat hiburan tanpa lesen, seorang penjaga pusat hiburan dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman terhadap Chia, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(3) Ordinan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hui Chuan menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan di sebuah bar di kawasan, Jalan Tun Jugah, sekitar jam 12.45 tengah malam pada 1 Mei lalu.
Menurut fakta kes, semasa kejadian, satu serbuan dilakukan oleh pihak polis di tempat terbabit kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen sah.

Pengadu yang merupakan pegawai kanan polis terus berjumpa dengan salah seorang penjaga premis dan kemudiannya meminta tertuduh mengemukakan lesen hiburan tetapi gagal berbuat demikian.

Pihak polis terus menahan tertuduh dan merampas beberapa barang seperti satu unit mikrofon, satu unit alat sistem karaoke dan satu unit alat pencampur audio.

Selain itu, hasil semakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mendapati pusat tersebut tidak mempunyai lesen hiburan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Nor Kazly, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU