ARTIKEL

MOHAMAD DURI bergambar bersama-sama BBP Saratok dan penduduk Rumah Panjang Dom Brues semasa Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Saratok, semalam

Penting miliki alat pemadam api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Buang stigma hanya bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila berlakunya kebakaran.

Sebaliknya semai kesedaran memiliki alat pemadam api, itu ditegaskan ADUN Kalaka Mohamad Duri.

Masyarakat hari ini menurutnya, apabila disebut tentang kebakaran, yang mereka tahu hanya bomba kerana terlalu bergantung kepada bomba.

“Masyarakat perlu mempunyai kesedaran memiliki alat pemadam api supaya tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada JBPM.

Apabila menunggu bomba jika berlaku kebakaran, pasti mengambil masa dan mungkin tidak dapat menyelamatkan harta benda daripada kebakaran yang pada awalnya hanya api kecil sebelum ia marak.

“Sehubungan itu, tanggungjawab menjaga nyawa dan harta benda bukan sahaja terletak kepada anggota keselamatan malah diri kita sendiri.

“Dan, solusinya adalah penggunaan alat pemadam api, yang sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk memadamkan api termasuk anak berusia lima tahun jika diajar bagi menyelamatkan nyawa serta harta benda.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Majlis Ulang Tahun Ketujuh Biro Wanita Rumah Panjang Dom Brues Michael Gomes di sini, semalam.

Jelasnya, masyarakat tidak boleh menyalahkan bomba jika mereka terlambat atau menyalahkan tekanan air rendah.

“Tetapi tanya juga apa yang kita lakukan untuk mencegah kebakaran?

“Saya gemar untuk mengingatkan golongan wanita memandangkan banyak kes kebakaran direkodkan dari dapur.

“Yang penting, elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak, sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.

“Di samping itu, elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubatubatan yang boleh menyebabkan mengantuk,” ujarnya.

Mohamad mengulangi gesaan agar ditubuhkan bomba komuniti di kampung atau rumah panjang.

Menurutnya, aspek kesedaran keselamatan kebakaran adalah sangat penting bagi penduduk di rumah panjang, termasuk pendedahan kemahiran memadam api bagi mencegah api merebak dan menjadi lebih besar.

Ketua Bomba dan Penyelamat Saratok Putra Ila turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU