ARTIKEL

ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.FOTO: UKAS

Penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelenggaran Jalan tangani masalah jalan terputus akibat tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Khas Penyelenggaran Jalan ditubuhkan bagi menangani masalah jalan terputus akibat tanah runtuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Baleh, Nicholas Kudi Jantai berkata, peruntukan RM55 juta diberikan oleh Kerajaan Sarawak untuk Bantuan Am, Bantuan Bencana, Bantuan perubatan, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Belai-Beliawan.

“Keadaan cuaca pada masa sekarang boleh menyebabkan banjir besar walaupun di luar jangkaan waktu monsun dan mengakibatkan jalan rosak serta putus terutama jalan tanah dan jalan balak.

“Ini juga memberi kesan kepada rumah di kawasan pedalaman yang didirikan di tebingan sungai kerana dahalu kawasan tersebut hanya menggunakan sungai sebagai pengangkutan utama,” katanya.

Beliau berkata dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, kejadian tanah runtuh ini menyebabkan kerosakan struktur rumah panjang yang menyebabkan ia tidak selamat untuk diduduki.

“Oleh itu, permohonan pembinaan tembok penghadang hakisan diperlukan bagi mengatasi tanah runtuh di kawasan rumah panjang di pedalaman,”jelasnya.

Menjelas lanjut, Nicholas berkata, jalan perhubungan luar bandar perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan segera bagi keselamatan orang awam.

“Ini kerana, jalan-jalan tersebut menghubungkan banyak kawasan rumah panjang di kawasan Baleh, namun keadaan jalan semakin teruk, rosak dan berlubang sehingga tidak lagi selamat untuk digunakan oleh orang awam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU