ARTIKEL

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Nyabau

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Nyabau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas masuk ke dalam parit dalam kemalangan kendiri di hadapan Sarawak Water, Jalan Nyabau, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.36 petang itu, mangsa berusia 53 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam parit selepas motosikal ditunggang dipercayai terbabas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohamad Alimun Talip berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.36 petang sebelum sepasukan enam anggota bersama dengan sebuah jentera CFRT dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari parit sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 4.37 petang selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat