Penunggang motosikal maut dilanggar lari
BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dipercayai langgar lari di KM 14 Jalan Tatau- Bintulu, dekat sini, petang Selasa.
 
Dalam kejadian kira- kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Ajai Anak Merapoh,27, berasal dari Rumah Kilut, Sungai Selitut, Jalan Tatau- Bintulu meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam berkata kemalangan dipercayai berpunca dari pemandu kenderaan pacuan empat roda(4X4) jenis Ford Ranger dari arah Tatau menghala ke Bintulu telah memasuki laluan bertentangan dan bertembungan dengan motosikal yang ditunggal mangsa yang dating dari arah depan.
 
Impak kemalangan tersebut, mengakibatkan mangsa dan motosikalnya tercampak di bahu kiri jalan dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Tatau akibat cedera parah di bahagian kepala.
 
Manakala, pemandu kenderaan 4×4 itu pula dipercayai melarikan diri menuju ke arah Bintulu.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.
 
Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafis Ibu Pejabat Daerah Tatau, Inspektor Lim Tzer Feng di talian 013-999698.

Saksi kemalangan langgar lari di KM14 Jalan Tatau- Bintulu diminta membantu siasatan polis.

Suara Sarawak