ARTIKEL

Motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di Jambatan Sepupok

Penunggang motosikal maut dilanggar MPV di Jambatan Sepupok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan dipandunya dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jambatan Sepupok, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 8.15 malam itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang menunggang motosikal dan sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki tempatan berusia 66 tahun.

“Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati mangsa yang bergerak dari arah Niah menuju ke Miri dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh MPV berkenaan sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira 9.40 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Batu Niah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu MPV tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Faizal Moktar di talian 012-8186509 atau 085-430479, ataupun hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mohd Farhan turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan yang boleh membahayakan pengguna lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU