ARTIKEL

Keadaan motosikal mangsa yang rempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Puncak Borneo, Padawan pada awal pagi Isnin.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang pikap di Jalan Puncak Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Puncak Borneo, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.50 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kejadian berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU