ARTIKEL

Pang merakam gambar bersama JKR Bintulu, pengurusan trafik, konsultan projek, kontraktor dan pemilik premis yang terlibat dalam projek pembinaan Jejambat Medan Jaya.

Penutupan lampu isyarat jejaskan rezeki peniaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penutupan satu lampu isyarat keluar dari Meridian Commercial Centre didakwa menjejaskan perniagaan di kawasan itu sehingga 50 peratus apabila pelanggan sukar memasuki deretan kedai berkenaan.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata perkara itu dibangkitkan para peniaga dalam sesi dialog bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu, pasukan pengurusan trafik, konsultan projek, kontraktor dan pemilik premis di kawasan terbabit yang terlibat dalam projek pembinaan Jejambat Medan Jaya.

Pang ditemui selepas sesi dialog bersama JKR Bintulu, pasukan pengurusan trafik, konsultan projek, kontraktor dan pemilik premis yang terlibat dalam projek tersebut.

“Isu utama yang dibangkitkan peniaga ialah penutupan lampu isyarat yang sebelum ini menjadi laluan keluar ke beberapa simpang berhampiran.

“Selepas penutupan itu, mereka menerima banyak maklum balas bahawa pelanggan sukar masuk ke kawasan kedai, menyebabkan jualan merosot hampir 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri dialog berkenaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat JKR Bintulu.

Menurut Johnny Pang, JKR memaklumkan bahawa peniaga perlu mengemukakan surat sokongan berserta justifikasi dan tandatangan pemilik premis sebagai permohonan rasmi bagi mempertimbangkan semula pembukaan lampu isyarat tersebut.

“Saya sebagai wakil rakyat sentiasa menyokong apa sahaja usaha yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuk memudahkan semula akses ke kawasan komersial ini,” katanya.

Beliau sebelum ini turut menggesa kontraktor projek mempercepatkan kerja-kerja pembinaan bagi mengurangkan kesesakan serta kesulitan penduduk.

“Projek ini penting kerana ia membabitkan laluan utama bandar dan amat diperlukan untuk mengurangkan kesesakan, terutama pada waktu puncak. Kelewatan projek boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Projek Jejambat Medan Jaya, yang mengalami kelewatan dan kini dijangka siap pada Jun 2026, memerlukan pelaksanaan lencongan serta pengurusan trafik secara berfasa sejak September 2024.

Nasib peniaga di Meridian Commercial Centre kini bergantung kepada keputusan JKR hasil semakan terhadap rayuan rasmi mereka, dengan harapan penyelesaian seimbang dapat dicapai antara kelancaran projek dan kelangsungan perniagaan.

Orang awam pula dinasihatkan mematuhi arahan trafik yang berkuat kuasa sepanjang tempoh pembinaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road