ARTIKEL

PANTU PROJEK… Rubiah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan penyelarasan projek pembangunan di Kota Samarahan. Foto Facebook Rubiah Wang

Penyelarasan projek pembangunan diperkukuh demi kesejahteraan penduduk Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Penyelarasan dan pemantauan projek pembangunan di Kota Samarahan akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap pelaksanaan mengikut jadual, sekali gus memberi manfaat optimum serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, penekanan itu diberikan menerusi sesi perbincangan bersama Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak bagi meneliti perkembangan serta status semasa projek di kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan itu, perbincangan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Samarahan berkenaan memberi tumpuan kepada penyelarasan antara agensi dan pemantauan pelaksanaan projek supaya perancangan dapat dijalankan secara tersusun, lancar serta berkesan.

“Kerjasama erat antara semua agensi pelaksana amat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

“Pada masa sama, sesi ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti cabaran di lapangan, menyelaras tindakan serta mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih cekap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pembangunan yang dirancang bukan sahaja tertumpu kepada infrastruktur fizikal, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat.

Katanya, pelaksanaan projek yang berkesan mampu merangsang pertumbuhan kawasan, memperkukuh kemudahan awam serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan setiap projek agar manfaatnya dapat dirasai oleh penduduk setempat serta menyokong agenda pembangunan mampan di Kota Samarahan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU