ARTIKEL

Kredit: Dikongsi netizen WhatsApp

Penyelia ladang bantu selamatkan dua mangsa insiden Cessna terhempas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyelia ladang bertindak menyelamatkan nyawa dua mangsa insiden pesawat Cessna 172N Skyhawk yang terhempas di Sungkai Perak, pagi tadi.

Memetik Buletin TV3, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Abdullah Abd Talib yang biasa memasuki Hutan Simpan Gunung Besout itu sejak sembilan tahun, hari ini menemui pesawat ringan yang jatuh dalam keadaan terbalik.

Abdullah dikatakan menelefon talian kecemasan meminta bantuan.

Abdullah menjelaskan, ketika insiden berlaku, juruterbang berada dalam posisi terbalik dan dia tergantung.

Kakinya pula tersepit di kerusi, dan Abdullah berusaha memeluknya sehingga pihak bomba sampai.

Memberitahu wartawan Buletin TV3, Abdullah mengatakan, pelatih wanita terbabit, tercampak keluar.

Abdullah turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, selain membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menunjukan jalan masuk ke kawasan itu sejauh sekitar 15 kilometer dari jalan utama.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU