ARTIKEL

Penyepaduan MyDigital ID menjanjikan pengalaman transformasi kepada rakyat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyepaduan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan untuk semua perkhidmatan digital kerajaan menjanjikan pengalaman transformasi kepada rakyat.

MIMOS Berhad dalam kenyataan memaklumkan, ia bertujuan memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital sambil memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat pendaftaran MyDigital ID masing-masing bermula Mac tahun hadapan.

“Buat masa ini, pendaftaran hanya dibuka kepada semua kakitangan kerajaan.

“Dengan penyepaduan proses pengesahan dalam talian, individu boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan tanpa menghadapi kerumitan log masuk berbilang dan memudahkan interaksi digital dengan agensi kerajaan.

“Bahkan dapat menjamin transaksi yang selamat melalui sistem berasaskan kriptografi, yang mana diperakui Pensijilan Kriteria Umum yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada EAL3+,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, aplikasi MyDigital ID di telefon pintar mengandungi identiti digital rakyat yang terikat secara kriptografi (teknologi yang sangat selamat) kepada nama dan nombor kad pengenalan.

Justeru tegasnya, rakyat boleh melibatkan diri dalam aktiviti dalam talian dengan yakin.

“MyDigital ID adalah tunjang komitmen kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan digital yang boleh diakses dan selamat untuk semua rakyat.

“Sistem bersatu ini bukan sahaja memudahkan pengalaman pengguna tetapi mengutamakan perlindungan maklumat sensitif di samping mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap infrastruktur digital negara.

“Oleh demikian, pelaksanaan MyDigital ID menandakan satu langkah penting ke arah persekitaran digital yang lebih mesra pengguna dan selamat, sejajar dengan visi kerajaan untuk memanfaatkan teknologi demi memperkasakan rakyat,” ujarnya.

MIMOS menekankan bahawa MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata, atau pengecaman muka dan tidak menggunakan sebarang cip atau implan.

“MyDigital ID juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi mahupun aktiviti pengguna dalam talian, tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan tidak membolehkan pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital.

“Ia juga tidak berfungsi sebagai pengganti MyKad untuk bukti pengenalan,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut dan lokasi kiosk pendaftaran akan disenaraikan di laman web MyDigital ID kelak dan sebarang pertanyaan, sila hantar emel ke info@mimos.gov.my atau https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigital-id/.

BERITA LAIN

Nicholas gesa bina poliklinik baharu di Tunoh

KUCHING: Penduduk pedalaman Bukit Mabong berdepan kos perjalanan, penginapan dan kehilangan pendapatan ketika mendapatkan rawatan, mendorong cadangan pembinaan poliklinik baharu di Tunoh bagi memudahkan akses

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

BERITA TERBARU

Nicholas gesa bina poliklinik baharu di Tunoh

KUCHING: Penduduk pedalaman Bukit Mabong berdepan kos perjalanan, penginapan dan kehilangan pendapatan ketika mendapatkan rawatan, mendorong cadangan pembinaan poliklinik baharu di Tunoh bagi memudahkan akses

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman