ARTIKEL

Dalam kenangan... Diogo Jota

Penyerang sensasi Liverpool maut pada usia 28 tahun akibat kemalangan ngeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANYOL: Penyerang sensasi Liverpool FC, Diogo Jota disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang dilaporkan berlaku di Zamora malam tadi.

Insiden tersebut menyebabkan mangsa bersama abangnya maut di tempat kejadian akibat kenderaan dinaiki terbakar selepas melanggar pembahagi jalan di lokasi sekitar KM 65 A-52.

Diogo Jota baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Rute Cardoso pada 22 Jun 2025, kira-kira 11 hari sebelum kemalangan tragik itu berlaku.

Diogo Jota, 28, telah menyertai skuad Liverpool pada September 2020 dari Wolverhampton Wanderers.

Kelibatnya di bahagian serangan sedikit sebanyak membantu menaikkan kelab The Reds di bawah kendalian Jurgen Klopp, sekali gus memainkan peranan besar dalam siri kejayaan Liverpool.

Antara kejayaan terbarunya bersama Liverpool ialah membantu kelab menjuarai liga buat kali ke-20, yang merupakan kejuaraan pertama Liverpool sejak musim 2019/2020.

Beliau turut berjaya mencatat rekod peribadi terbaik apabila menjaringkan gol hanya 22 saat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Nottingham Forest.

Sementara itu, debut pertamanya bersama Portugal adalah pada 14 November 2019 ketika berusia 22 tahun.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha