ARTIKEL

Arif (dua kanan) merakam gambar kenangan bersama-sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain pada sidang media SAGO Incubator 2026 di iCube Innovation Hub di ICOM Square di sini, hari ini.

Penyertaan SAGO Incubator 2026 Dibuka Hingga 24 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyertaan bagi program SAGO Incubator 2026 kini dibuka kepada orang ramai hingga 24 Mac ini, sekali gus menyokong 10 hingga 12 peserta terpilih melalui latihan praktikal, bimbingan mentor dan akses kepada pasaran.

Program pembangunan keusahawanan makanan akar umbi ini memasuki edisi keempat tahun ini dengan tujuan membantu individu yang bercita-cita menjadi usahawan makanan mengembangkan kemahiran memasak.

Pengarah SAGO Group Sdn Bhd Arif Abdul Rahman berkata, program tersebut bermula dengan satu idea yang mudah kerana ramai individu sangat berbakat dalam bidang masakan dan mempunyai resipi, minat yang mendalam serta pelanggan setia.

Bagaimanapun, kekurangan mereka ialah panduan tentang cara untuk menukarkan bakat tersebut menjadi sebuah perniagaan yang mampan.

“Kami melihat diri kami bukan sekadar penganjur program, tetapi sedang membina ekosistem keusahawanan makanan melalui inisiatif seperti SAGO Incubator (termasuk Program Usahawan Makanan Miri atau UMAMI), SAGO Feast Community Catering, SAGO Festival dan Borneo Tuak Festival.

“Kami menyediakan platform yang membolehkan usahawan makanan tempatan belajar, berkembang dan yang paling penting, mendapat akses kepada pasaran sebenar,” katanya pada sidang media SAGO Incubator 2026 di iCube Innovation Hub di ICOM Square di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau menambah sejak dimulakan pelbagai program di bawah SAGO Incubator dilaksanakan dan menyokong lebih 60 usahawan makanan.

Untuk rekod, program anjuran SAGO Group Sdn Bhd tahun ini turut disokong oleh MyCreative Ventures Social Enterprise Fund yang berperanan memperkukuh perusahaan sosial di Malaysia melalui sokongan pertumbuhan mampan serta impak sosial yang boleh diukur.

Selain itu, peserta terpilih juga akan dibimbing oleh usahawan makanan berjaya seperti Damith Senanayake, pemilik Ceylonese Restaurant; Marichelle Livan Lah, pemilik Lepau Restaurant; Mastika Jamali, pemilik Mom’s Laksa; serta Izuwan Rabaie, pengasas Boy Manok dan Saw Yee Ken, pengasas Billy Goat Coffee.

Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui laman sesawang https://sagoinc.my/apply-now/ sebelum tarikh tutup permohonan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,