ARTIKEL

Harga baharu tiket bagi semua perlawanan Kuching City FC di laman sendiri musim Liga Malaysia 2026/2027. - Foto: Facebook Kuching City FC

Penyokong Sambut Baik Penetapan Harga Tiket

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YUZAIRUL YUSOF

KUCHING: Penyokong Kuching City FC menyambut baik pengumuman harga baharu tiket bagi semua perlawanan di laman sendiri musim Liga Malaysia 2026/2027 meskipun menyaksikan sedikit kenaikan berbanding musim lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Kuching City FC, harga tiket bagi perlawanan domestik membabitkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ditetapkan pada RM20 bagi tempat duduk terbuka (Zon A dan B), manakala tempat duduk berbumbung (Zon A, B dan C) berharga RM30.

Sebagai perbandingan, musim lalu tiket tempat duduk terbuka dijual pada harga RM15, manakala tempat duduk berbumbung RM20.

Bagi musim baharu, tiket kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula ditetapkan pada harga RM5 bagi setiap perlawanan, berbanding percuma pada musim lalu.

Menurut Kuching City FC, bagi saingan antarabangsa melibatkan ACC Shopee Cup dan AFC Champions League Two (ACL Two), harga tiket terbuka ditetapkan pada RM30, manakala tempat duduk berbumbung berharga RM40, dengan tiket kanak-kanak kekal RM5.

“Harga yang diumumkan adalah bagi satu perlawanan, manakala maklumat jualan tiket untuk setiap perlawanan akan dimaklumkan kemudian,” menurut hantaran itu hari ini.

Kelab itu turut mengajak penyokong memenuhi Stadium Negeri bagi terus mencipta lebih banyak detik bersejarah bersama-sama The Cats sepanjang musim 2026/2027.

Tinjauan Suara Sarawak di ruangan komen Facebook Kuching City FC mendapati rata-rata penyokong menerima pelarasan harga tersebut dan menganggap kenaikan itu masih munasabah.

Malah, ramai berpendapat kenaikan antara RM5 hingga RM10 adalah wajar mengambil kira peningkatan prestasi pasukan, selain penyertaan Kuching City FC dalam pertandingan peringkat Asia yang dijangka menawarkan aksi lebih berkualiti.

Walaupun terdapat segelintir penyokong berharap tiket kanak-kanak dikekalkan percuma seperti musim lalu, kebanyakan mereka berpandangan bayaran RM5 masih berpatutan bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke stadium untuk menyokong pasukan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road