ARTIKEL

Datuk Aaron Ago Dagang

Peranan Perpustakaan Desa terus diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memperkukuh peranan Perpustakaan Desa sebagai ruang interaksi rakyat yang inklusif, dinamik dan berteraskan ilmu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, inisiatif itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh perpaduan melalui perkongsian ilmu.

“Perpustakaan Desa diwujudkan khas untuk komuniti setempat sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, tempat pertemuan sosial, serta platform pembangunan minda.

“Sehingga kini, sebanyak 506 Perpustakaan Desa beroperasi di seluruh negara, memainkan peranan penting dalam mendekatkan rakyat dengan sumber ilmu dan aktiviti berasaskan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata melalui pelaksanaan pelbagai program galakan membaca, sejumlah 50,615 program berjaya dianjurkan dengan penyertaan mencecah lebih 1.4 juta orang pada 2025.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa Perpustakaan Desa kekal relevan sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing,” katanya.

Aaron turut menegaskan bahawa budaya membaca perlu dipupuk bermula dari
institusi keluarga dan diperkukuh di peringkat komuniti.

Justeru, katanya Perpustakaan Desa menjadi jambatan yang menghubungkan kedua-dua elemen berkenaan, sekali gus menyemai minat membaca sejak usia muda dan menggalakkan pelibatan aktif masyarakat.

“Kementerian Perpaduan Negara akan terus komited memperkasakan Perpustakaan Desa sebagai hab komuniti yang menyatukan rakyat, memperluas akses kepada ilmu, dan menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU