ARTIKEL

Naib Presiden Perantis Nelly Tawai 

PERANTIS gesa tubuh pusat pengajian Bahasa Iban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS) menyokong sepenuhnya cadangan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menubuhkan dan memindahkan pusat pengajian Bahasa Iban ke universiti-universiti tempatan di Sarawak.

Dalam kenyataan bersama Naib Presiden Perantis Nelly Tawai dan Ketua Pergerakan Wanitanya Robbia Jarup, ini perlu terutamanya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi mengatasi isu kekurangan pensyarah Bahasa Iban yang sangat kritikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, bahasa Iban bukan lagi hanya bahasa etnik untuk kegunaan dan dituturkan oleh komuniti Iban semata-mata, tetapi sudah berkembang menjadi salah satu bahasa yang dimiliki dan dapat dipelajari oleh rakyat secara keseluruhan.

Robbia Jarup

“Cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merupakan cadangan yang cukup baik,” katanya.

“Ia bukan hanya sebagai sebuah bahasa “mother tongue” tetapi juga sebagai sebuah budaya dan memastikan Bahasa ini terus terpelihara.

Ujarnya, banyak guru Bahasa Iban yang layak memohon untuk menjadi pensyarah tetapi kerana lokasi yang jauh dan kekangan keluarga, mereka terpaksa membatalkan niat untuk berkhidmat di sana (UPSI).

Terdahulu, Uggah menyatakan akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendapatkan persetujuan bagi merealisasikannya.

Dalam ucapannya, Uggah akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Malaysia untuk memindahkan pusat pengajian Bahasa Iban ke universiti tempatan di Sarawak. Uggah memaklumkan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran Kamus Terjemahan English-Iban di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU